Local Food Wajib di Turki

Local Food Wajib di Turki

Local Food yang Wajib Anda Cuba di Turki!

Hai semua! Kat sini saya akan kongsikan beberapa local food atau makanan tempatan yang wajib anda semua cuba jika bercuti di Turki. Kat sana ada macam-macam makanan dan hidangan yang menarik, dan masakannya sangat berbeza dengan kita di Malaysia.

Jadi, rugilah kalau ke sana, tapi tak cuba makanan mereka kan?

In-Flight Food (Turkish Airline)

Kalau anda semua ke Turki menaiki Turkish Airlines, awal-awal lagi anda akan dapat merasa makanan Turki ni, sebab mereka akan hidangkan kita dengan makanan tempatan.

In-Flight Meal Turkish Airline

Okay jom kita mulakan dengan makanan tempatan yang wajib anda rasa sepanjang berada di Turki.

1. Corba : Turkish Soup

Turki sangat terkenal dengan hidangan sup sebagai pembuka selera. Jika anda menjamu selera di mana-mana restoren, anda akan dihidangkan dengan sup ini terlebih dahulu. Orang Turki sangat gilakan sup. 

Jadi anda boleh mencuba sup tomato, sup yang dibuat dari benih-benih kering dan sup otak biri-biri. Sup ini juga biasanya sudah termasuk dalam set hidangan jika anda menjamu selera di restoren.

2. Köfte : Meatball

Köfte adalah bebola atau isi daging lembu atau kambing. Köfte ini biasanya direbus dan boleh dihidangkan dalam sandwic, bersama salad, atau dimakan dengan yogurt. 

Tapi hidangan yang terbaik pastinya makan bersama pasta, yang pastinya mengangkat selera makan anda! Bebola ini diperasakan dengan sos tomato, atau lebih mudah, seperti sos pasta.

3. Lokum : Turkish Delight

Turkish delight ini adalah sejenis pencuci mulut dan mempunyai pelbagai perisa. Turkish delight adalah campuran antara kanji dan gula, mempunyai rasa yang sangat manis, dengan tekstur seperti jeli dan berbentuk kiub. 

Jika anda ke Turki, makanan ini sangat senang dijumpai dan anda biasanya akan dihidangkan ini sebagai pencuci mulut atau pembuka selera jika anda menjamu selera di restoren.

Local Food Wajib di Turki

Turkish delight ini juga boleh dibeli sebagai cenderahati dan dibawa pulang ke Malaysia! Terdapat beberapa kedai yang menjual Turkish delight ini dalam bentuk paket atau kotak, dengan pilihan perisa yang sangat banyak. 

Jadi, jangan lupa untuk beli dan bawa balik ke Malaysia, boleh bagi kawan-kawan turut rasa sekali.

Turkish Delight

4. Şiş Kebap : Meat on Stick

Şiş kebap ini ialah daging yang dicucuk pada batang besi atau kayu umpama sate. Şiş kebap biasanya menggunakan daging kambing, ayam atau ikan yang dicucuk di batang kayu atau logam, dan selalunya dihidangkan dengan roti. 

Daging ini sangat lembut, sihat, dan lazat. Tapi untuk hidangan saya, mereka hidangkan daging ayam dengan nasi dan kentang. Mungkin mereka tahu selera orang Malaysia ni tak boleh berpisah dengan nasi. Haha.

Tapi gambar di bawah ni daging ayam tersebut sudah dicabut dari batang besi. Saya menikmati hidangan ini dengan sepenuhnya semasa berada di Istanbul.

Şiş kebap

Sebelum mereka hidangkan hidangan utama, mereka akan sajikan anda dengan salad dan sup dulu tau! Roti pula sentiasa terhidang di setiap meja. Jadi, anda boleh juga nikmati roti itu bersama sup.

5. Döner : Turkish Kebab

Döner ialah sandwich ayam atau daging yang dibakar dengan perlahan, atau daging sapi yang disajikan dengan sayur-sayuran, rempah ratus, yogurt dan bawang putih.

Kebab ini dibalut dengan roti yang dibuat dari lavash atau yufka. Kebab ini sangat sesuai untuk dibungkus dan dimakan dalam perjalanan dan mempunyai rasa yang sangat enak.

Kedai-kedai kebab ini banyak didapati di tepi jalan dan sangat banyak di kawasan tumpuan pelancong. Saya menikmati hidangan kebab berhampiran dengan Grand Bazaardi Istanbul, iaitu di pasar yang paling besar dan tua di dunia.

Pasar tersebut mempunyai 61 lorong dan lebih 4000 buah kedai. Jadi, selepas penat berjalan di pasar tersebut, bolehlah berhenti di mana-mana kedai kebab yang berdekatan dan nikmati hidangan kebab bersama air buah. 

Döner - Turkish Kebab

6. Dondurma : Turkish Ice-cream

Kalau anda biasa lihat di internet seperti Facebook, Instagram dan sebagainya, aiskrim Turki ini sangat terkenal dengan penjual yang nakal dan suka menyakat!

Perkara ini memang benar berlaku di Turki, dan anda jangan lepaskan peluang untuk merakam saat anda dipermainkan oleh si penjual aiskrim tersebut.

Dondurma ialah aiskrim Turki yang diperbuat dari bahan berkrim, krim yang dipukul, salep dan gula. Aiskirm ini juga dipercayai berasal dari wilayah Maraş dan juga dikenali sebagai aiskrim Maraş. 

Rasanya yang sangat enak dan berkrim, menjadikan aiskrim ini sangat sesuai dibeli ketika anda sedang berjalan-jalan di sekitar Bandar Turki. Aiskrim ini mudah didapati di kedai-kedai tepi jalan dan tempat tumpuan pelancong. 

Saya turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati aiskrim ini setelah penat berjalan di Cotton Castledi Pamukkale.

Turkish Ice-Cream

7. Tatlì : Turkish Dessert

Jika anda melancong di Turki, anda pasti akan melihat begitu banyaknya pencuci mulut mereka terutamanya jika anda makan di restoren-restoren mahal atau di hotel. 

Mereka sangat sukakan pencuci mulut berserta aneka kek dan puding. Anda perlu merasainya kerana rasa pencuci mulut mereka sangat berbeza dengan pencuci mulut di Malaysia. 

Walaupun hanya kek coklat yang kelihatan sama seperti yang anda selalu nikmati, namun rasanya sangat berbeza. Kebanyakan pencuci mulut mereka sangat manis. Antara pencuci mulut yang terkenal di Turki ialah Tavuk Gögsü, Şekerpare, Helva, Muhallebi, dan Künefe.

Turkish Dessert

8. Saç Kavurma

Saç kavurma ialah hidangan local food di wajib Turki yang ringkas dan biasanya akan dimasak di atas pan besi yang panas atau dikenali sebagai saç dalam bahasa Turki. 

Hidangan ini biasanya menggunakan daging lembu atau kambing, diperasakan dengan rempah dan lada serta dihidangkan bersama nasi. Namun untuk hidangan saya, mereka hidangkan nasi dengan menggunakan daging ayam. 

Rasanya yang sedikit pedas tapi sangat enak untuk dinikmati. Anda perlu mencubanya sekurang-kurangnya sekali! Kami menikmati hidangan ini di sekitar Konya Mevlana Müzesi iaitu di Museum Persian Sufi.

Saç Kavurma

Kami juga disajikan bersama sup dan salad sebagai pembuka selera. Boleh dikatakan setiap kali sebelum hidangan utama tiba, kami akan dihidangkan dengan sup dan salad. Jenis sup dan salad juga berbeza mengikut restoren.

9. Çay : Turkish Tea

Selain daripada hidangan makanan, Turki juga sangat terkenal dengan teh! Air teh ini boleh dipesan di mana-mana restoren dan akan dihidangkan dalam cawan yang sangat comel. 

Mereka akan bekalkan kita dengan gula kiub dan kita akan masukkan sendiri gula itu mengikut citarasa kita. Jadi, kalau rasa nak kurang manis, bolehlah memilih untuk letak sikit saja gula tu.

Teh turki juga dijual dalam bentuk paket untuk kita bawa balik ke tanah air dan boleh juga dijadikan sebagai cenderahati. 

Teh paket ini boleh didapati dalam pelbagai perisa tertentu dan boleh dibeli di Grand Bazaar, atau kedai yang ada menjual Turkish Delight. 

Jangan lupa beli ya, kalau rindu Turki bila di Malaysia nanti, bolehlah bancuh air teh Turki ini. Dapatlah jugak merasa seperti berada di Turki lagi. Huhu.

local food wajib di turki

Ini saja perkongsian dari saya untuk entri kali ini. Nantikan perkongsian dari saya untuk beberapa perkara tambahan yang menarik tentang Turki untuk anda ketahui. Jangan lupa baca blog Nuzha Travel untuk dapatkan tips dan maklumat penting ketika melancong ya! 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *