Memakai Hanbok di Korea

Memakai Hanbok di Korea

Pengalaman Memakai Hanbok di Korea

Antara perkara yang wajib anda lakukan ketika melancong di Seoul adalah menggayakan pakaian traditional masyarakat korea iaitu Hanbok. Bagi penggemar K-Drama dan ingin merasai pengalaman seperti berada di zaman Joseon, memakai Hanbok merupakan wishlist wajib sambil bergambar di Istana Gyoengbokgung Place, Korea.

1. Kedai dan Harga Sewa Hanbok

Untuk sewaan Hanbok, anda boleh membuat tempahan awal di laman web untuk pemilihan saiz dan warna. Berkenaan dengan harga, setiap kedai menawarkan harga yang berlainan. Oleh itu, anda perlu rajin untuk membuat ‘survey’.

Jika sekiranya anda ingin mengikuti pakej daripada travel agensi Nuzha Travel, harga untuk sewaan Hanbok hanyalah sekitar 10,000 won iaitu lebih kurang RM35 untuk sehari.

Untuk pengetahuan umum, rakyat Korea sememangnya sangat menepati masa tau. Oleh itu, sekiranya anda membuat temu janji sewaan pada jam 9 pagi, pastikan anda sampai sebelum jam 9 bagi mengelakkan anda daripada diherdik oleh pemilik kedai.

2. Pemilihan Untuk Memakai Hanbok di Korea

Sekiranya anda pergi secara berkumpulan, sangatlah disarankan supaya datang lebih awal. Hal ini bagi memastikan tiada kesesakan yang dialami ketika di dalam kedai tersebut.

Bagi mereka yang bersaiz ‘plus’ atau extra petite juga sangatlah dialu-alukan untuk pergi ke kedai sewa Hanbok pada awal pagi. Ini bagi memastikan saiz yang bersesuaian dengan anda masih boleh didapatkan.

Selain itu, buat muslimah yang bertudung, kami sarankan anda membuat pilihan memakai warna tudung yang mudah untuk dipandankan dengan semua warna bagi memastikan pemilihan pakaian Hanbok menjadi senang dan juga warna tudung anda tampak sepadan.

Hanya 2 kali percubaan sahaja yang dibenarkan ketika membuat pemilihan Hanbok yang sesuai. Pastikan anda pilih yang betul-betul cantik dan berkenan di hati ya. Sebab bila once dah pakai, tak boleh tukar-tukar tau. Nanti free-free je dimarahi dengan orang kedai.

3. Pemilihan Aksesori Hanbok

Kebiasaannya, pakej dengan harga 10,000 won hanyalah untuk Hanbok sahaja. Sekiranya anda ingin mengayakan dengan beg tangan kecil mereka, anda perlu menambah bayaran dan ianya bergantung kepada jenis dan corak beg tangan tersebut.

Selepas selesai pemilihan Hanbok, pelanggan akan dibawa ke Istana Gyeongbokgung untuk sesi bergambar. Sebelum tu saya nak cerita sedikit berkenaan dengan sejarah Istana ‘Gyeongbokgung’.

Istana ini dibina sekitar tahun 1395 dan berfungsi sebagai istana utama pada era Dinasti Joseon. Istana ini merupakan istana yang tercantik dan terbesar di Korea. Ianya juga adalah antara 5 istana yang masih wujud dan dijaga rapi oleh kerajaan Korea Selatan.

4. Gyeongbokgung Palace

  • Tiket masuk diperlukan untuk mereka yang ingin masuk ke Gyeongbokgung Palace.

Kadar bayaran tiket adalah seperti berikut:

  • Dewasa: 3000 Won
  • Kanak-kanak: 1500 Won
  • Kanak-kanak 7 tahun kebawah : Percuma
  • Warga emas 65 tahun ke atas : Percuma
Gyeongbokgung Palace
credit photo: Azizi Arbain

5. Alamat dan Waktu Operasi

Ingat ya, sebelum pergi ke setiap tempat kita perlulah usha terlebih dahulu waktu operasi mereka. Jangan pakat main serbu je, nanti sia-sia pergi tapi tak dapat masuk.

Jadi membazir tenaga berjalan ke sana tapi tak dapat nak masuk. Untuk Istana Gyeongbokgung, mereka beroperasi setiap hari kecuali hari SELASA sahaja akan ditutup iaitu pada jam 9 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Jangan pulak pergi pada waktu malam. Kalau tidak, datang tengok pagar istana jela. Hehe… Tapi pada musim sejuk iaitu pada bulan Disember sehingga Februari, waktu operasi hanya 9 pagi sehingga 5 petang sahaja.

Hal ini kerana, pada musim sejuk waktu siangnya adalah singkat. Kiranya pukul 6 tu dah mula gelap dah. Pada zaman Dinasti Joseon, pengawal diraja akan  ditugaskan untuk menjaga Gwanghwamun Gate iaitu pintu masuk Gyeongbokgung Palace.

Sekiranya pengunjung mahu melihat upacara ‘Guard Ceremony’ ala-ala cerita Korea lama tu, korang boleh pergi ke istana pada 10 pagi, 1 petang dan 3 petang. Hanya 3 kali sehari sahaja untuk ‘Guard Ceremony ni ya. Upacara ini akan berlangsung selama 20 minit sahaja pada setiap sesi.

Gyeongbokgung Palace

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *