Ibrah Doa Nabi Yunus


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : “Tiada tuhan selain Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim”—Surah Al-Anbiya’: ayat 87

  • Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)]

Surah Al-Anbiya (21) Ayat 87-88:

“Dan (ingatklah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahwa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.”

5 Kelebihan doa/zikir Nabi Yunus A.S

  1. Doa/Permintaan kita insyaallah akan dikabulkan
  2. Siapa yang istiqomah mengamalkannya pahalanya seperti orang mati syahid
  3. Allah akan ampunkan segala dosanya
  4. Allah akan beri jalan keluar segala kesusahan atau ujian yang menimpanya
  5. Bagi ibu yang hendak bersalin insyaallah mudah untuk bersalin

“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga:

  1. Sedekah jariyah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa anak soleh/solehah yang berdoa baginya

(Hadis: Abu Hurairah R.A dalam Riwayat Imam Muslim)

Perkongsian dhuha oleh Nur Asnawi, 12 september 2023.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *