Visit Places in Dalat

A Must Visit Places in Dalat For Nature Lover!

Hi semua! Untuk entri kali ni saya nak bercerita tentang ‘A Must Visit Places in Dalat’ semasa pengalaman saya mengikuti trip NUZHA Travel ke Mui Ne-Dalat selama 4 hari 3 malam.

Yang menariknya untuk trip ini, saya berpeluang ke tiga daerah berbeza di Vietnam iaitu : Mui Ne, Dalat dan Ho Chi Minh. Saya menaiki penerbangan Air Asia dan mendarat di Tan Son Nhat Airport yang terletak di bandar Ho Chi Minh.

Setibanya saya di airport, saya terus menaiki van untuk bertolak ke destinasi pertama saya iaitu bandar Mui Ne. 

Mui Ne adalah sebuah daerah yang terletak berhampiran dengan perkampungan nelayan. Lokasinya yang terletak sejauh 200 kilometer dari bandar Ho Chi Minh ini mula terkenal dengan keunikan beberapa tempat seperti padang pasir putih dan merah serta landskap batu kapur yang terjadi akibat hakisan dan perubahan bentuk muka bumi.

Perjalanan yang mengambil masa selama 6 jam dari bandar Ho Chi Minh saya penuhi dengan aktiviti tidur sahaja akibat kepenatan mengejar flight.

1. Fairy Stream

Setibanya di Mui Ne, saya terus ke Fairy Stream dengan berjalan kaki sejauh 1km melalui air sungai cetek untuk melihat sendiri pelbagai bentuk formasi batu kapur yang wujud di situ.

Air sungai di situ sangat jernih dan bersih. Sepanjang berjalan kaki terasa kedinginan air sungai tersebut ditambah pula dengan keindahan pasir dan tebing tebing pasir yang unik.

Ketika dalam perjalanan terdapat banyak gerai menjual cenderahati di tebing sungai itu. Ada juga gerai yang menjual makanan ringan dan dessert. Walaupun tour guide membenarkan kami untuk membeli, namun saya tak berani beli sebab was-was (memang sejenis yang sangat berhati-hati).

Jika anda ke sana, saya sarankan untuk memakai sunglasses, topi dan juga selipar. Tujuan memakai selipar bagi mengelakkan kalau kalau ada terpijak benda benda tajam dan bahaya dalam sungai tu.

Sunglasses pula untuk elak dari pasir masuk kedalam mata. Di sana angin bertiup dengan sangat kuat sehinggakan pasir boleh masuk mata. 

2. Red Sand Dune

Tarikan lain di Mui Ne adalah Red Sand Dunes. Red Sand Dunes ini merupakan padang pasir yang berwarna merah (kiranya another version of dunes lah… hehe).

Sebenarnya pasir di sini adalah berwarna oren tetapi kesan dari pancaran cahaya matahari telah membuatkannya kelihatan kemerah-merahan.

Padang pasir ini tidak seluas White Sand Dunes. Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk melihat matahari terbenam pada waktu petang.

Semasa saya pergi tempoh hari, waktunya sudah lewat petang, dan orang ramai mula bersidai di tepian tebing pasir untuk menghayati matahari terbenam. Jarak dari tempat parking bas ke spot melihat matahari terbenam tidaklah terlalu jauh.

Cuma apabila berjalan kaki di atas timbunan pasir ini akan membuatkan anda cepat penat. Berat kaki nak melangkah dek kerana pasir yang banyak masuk ke dalam kasut.

Sangat berbaloi kalau berjalan kaki dari kaki bukit ke tebing tempat melihat matahari terbenam. Pemandangan yang sangat mengasyikkan.

Selesai menikmati keindahan, saya terus dibawa ke restoran halal berhampiran untuk sesi makan malam. Selesai menikmati makan malam, saya check-in di Hotel Vivian yang terletak berhampiran tepi laut.

3. White Sand Dune

Keesokkan harinya, sejurus selepas saya check-out hotel, saya terus dibawa ke White Sand Dunes. Perjalanan yang membawa saya ke sana kira-kira 30 minit tak terasa jauhnya sebab dikelilingi pemandangan yang cantik.

Sampai sahaja di White Sand Dunes saya terus bersarapan bersama dengan yang lain. Kena alas perut dulu, baru nanti ada tenaga nak beraktiviti. Selepas itu, saya terus pergi ke tempat menyewa jeep.

Padang pasir ni sangat luas, nak jalan kaki pun boleh tetapi memang akan kepenatan. Kat sana juga ada disediakan ATV untuk sesiapa yang berminat untuk menyewanya.

Nak drive sendiri atau nak tour guide bawakan pun boleh juga. Di sana terdapat juga kanak kanak yang memberi sewa papan untuk aktiviti sandboarding.

Setibanya saya di kawasan puncak padang pasir tu, saya amat terpegun dengan keindahan dan keunikan pemandangan. Padangnya sangat luas, dan dibawah tebing puncak terdapat sebuah tasik yang airnya berwarna biru. SubhanaAllah, memang sangat cantik tau (tahap rasa nak menangis – emotional pula).

Selepas tamat beraktiviti di White Sand Dunes, saya terus bergerak ke van untuk meneruskan perjalanan ke Dalat. Mesti anda semua tertanya tanya, Dalat tu kat manakan?

Haaah, sebenarnya Dalat ni tak ramai lagi yang tahu kewujudannya. Baru-baru ni je baru famous disebabkan satu gambar jadi viral.

Untuk pengetahuan, Dalat yang juga dikenali sebagai ‘The City of Eternal Spring’ terletak di selatan Vietnam. Biasanya kalau ke Vietnam orang ramai nak pergi Hanoi atau Ho Chi Minh, tapi sekarang semua orang berpusu pusu nak pergi ke Dalat.

Dalat ni umpamanya Cameron Highlands sebab cuaca kat sana sejuk. Purata suhu di Dalat 16-20 darjah celcius. Oleh sebab inilah, terdapat banyak tanaman seperti bunga, sayur-sayuran dan buah buahan yang ‘rare’ ada kat Dalat.

Bagi mereka yang jenis ‘nature lover’ memang sangat sesuai jika berhasrat untuk ke Dalat. Apa yang best sangat Dalat ni? Jom saya cerita sedikit sebanyak tempat yang menjadi tarikan utama pelancong di Dalat.

4. Dalat Railway Station

Menarik mengenai stesen keretapi ini adalah stesen ini merupakan tinggalan yang masih ada dan dipelihara semasa zaman perang Vietnam dahulu. Stesen ini dibina pada tahun 1932 oleh seorang arkitek dari negara Perancis.

Kini, bahagian dalam stesen itu diubahsuai menjadi kedai menjual cenderahati. Tak ramai yang tahu, sebenarnya stesen keretapi ini masih berfungsi lagi tapi beroperasi di kawasan sekitar dan hanya untuk tujuan pelancongan sahaja.

5. Garden Hydrangea

Visit Places in Dalat

Kalau dah sampai ke Dalat jangan lupa untuk ke Garden Hydrangea. Jejak je kaki ke taman ni, mashaAllah terus rasa geram dan terpesona dengan bunga-bunga Hydrangea yang kembang mekar ni.

Selain itu, kat sini juga disediakan tempat yang serba Instagrammable. Kalau nak amek gambar posing ni memang nice sangat. Siap ada ‘stairway to heaven’ dan replika jambatan emas di Da Nang yang sedang dalam pembinaan.

Cuma korang kena bersabar lah sikit sebab kena beratur tiap kali nak ambil gambar. Tapi apalah sangat beratur semata-mata untuk dapatkan gambar yang cantik untuk dijadikan kenangan.

Asalkan puas hati. Iya dok? Hehe.

Dikatakan, warna bunga Hydrangea ni bergantung kepada pH tanah. Kalau pH tanah tu bersesuaian, maka akan keluarlah warna bunga yang lebih terang. Jadinya, tak perlu susah-susah dah nak ke Korea atau negara Eropah lain semata-mata nak tengok bunga Hydrangea, Dalat kan ada😀​

6. Dalat Night Market

Pada waktu malam, saya dibawa ke bersiar-siar ke Da Lat Night Market. Pasar malam ini sangat besar dan meriah. Suhu pada waktu malam tu 13 degree celcius (sangat sejuk sampai menggigil).

Masa tu rasa macam dah malas nak ke sana tapi dah alang-alang jejak kaki ke Dalat makanya saya gagahkan juga. Pasar malam ini juga popular dengan gerai buah-buahan dan gerai baju yang beraneka.

Cuba anda bayangkan, harga sehelai baju knitwear kalau di Malaysia RM35 tapi kalau di Dalat hanya RM18 sahaja. Sangat berbaloi kalau nak beli borong. Selain tu, gerai menjual buah sangat banyak.

Ada buah yang saya yakin anda tak pernah jumpa di Malaysia dan anda akan jumpa di sini contohnya buah avocado panjang. Kalau buah avocado yang biasa kita nampak berbentuk bulat kan? Kat Dalat ni berbentuk panjang macam timun Jepun tu. Selain tu, sayur arthicok juga banyak dijual di sini.

Buah naga pula dijual dengan harga serendah RM2 sekilogram. Strawberi pun banyak dijual di pasar ni. Semua buah-buahan segar bugar ini dibawa terus dari ladang. Streetfood pun ada cumanya, banyak yang dijual adalah makanan yang tidak halal.

Tapi satu jelah yang kurang mengenai urusan jual beli di sini. Jangan tanya peniaga lebih-lebih kalau anda tidak mahu beli akibatnya nanti anda akan dihalau atau dimarahi oleh peniaga tersebut.

7. Restoran Kampung Pandan Dalat

Salah satu restoran yang kami singgah untuk sesi menjamu selera adalah Restoran Kampung Pandan. Jangan ingat di Kuala Lumpur sahaja ada Kampung Pandan. Haha…

Ini adalah salah satu restoran yang menyediakan makanan halal. Kalau anda semua nak tahu, cawangan lain restoran ini ada di bandar Ho Chi Minh, Vietnam. Cawangan di sana pun memang dah famous, so bila pihak restoran buka lagi satu branch kat Da Lat memang syok lah sebab senang untuk pelancong Muslim nak makan.

Personally, dalam banyak banyak restoran yang saya singgah kat Dalat, Restoran Kampung Pandan adalah yang paling terbaik. Roti canai dengan pho (mee sup) dia memang sangat sedap!

Pho tu saya order sekali dengan cili potong tambah kicap. Memang terangkat. Cili kat sini sangat pedas ya. Kedua-dua menu ini adalah menu mesti cuba kalau anda semua bercadang nak singgah kat sini.

8. Lang Biang Mountain

Visit Places in Dalat

Lang Biang Mountain merupakan puncak tertinggi di Dalat. Senang cerita, perkara yang menarik di Lang Biang Mountain ini adalah semasa menaiki gunung dengan kenderaan jeep .

Sepanjang perjalanan ke atas, anda akan disajikan dengan pemandangan ala-ala filem Hindustan. Tiada kenderaan lain selain jeep yang dibenarkan untuk naik ke atas gunung ini. Keadaan jalanraya di sini juga sangat dititik beratkan dan bersih.

Jarak perjalanan adalah selama 10 minit dan setiap jeep boleh memuatkan seramai 6 orang penumpang termasuk pemandu. Setibanya di puncak gunung, pemandu akan meminta supaya kita ingat nombor pada jeep.

Ini kerana kita akan menaiki jeep yang sama untuk turun dari puncak gunung. Semasa saya pergi tu jam menunjukkan pukul 10 pagi, dan kebetulan pulak angin memang agak kuat menyebabkan saya kesejukkan.

Jadi sebaiknya untuk berada di puncak gunung pada waktu tengahari dan ke atas. Di puncak gunung ini terdapat banyak spot untuk ambil gambar. Dari puncak ini juga kita akan dapat melihat pemandangan bandar Dalat.

9. Van Thanh Flower Village

Visit Places in Dalat

Selepas itu, kami terus ke kebun bunga Van Thanh. Masih lagi menyajikan dengan pemandangan bunga-bungaan, kebun bunga Van Thanh ni adalah kebun bunga yang terbesar di Dalat.

Lokasinya pula terletak 3 kilometer daripada bandar Dalat. Memang puas nak berjalan sekitar taman bunga ni. Nak cerita banyak-banyak pun tak larat. Jom jamu mata dan tengok sendiri gambar-gambar yang saya sempat ambil di sini.

10. Crazy House

Antara tarikan lain yang terdapat kat Dalat adalah Crazy House. Ya memang bunyinya gila, sebab senibinanya yang sangat ‘gila’. Crazy House sebenarnya pada asalnya adalah sebuah rumah tamu dan sekarang dijadikan sebagai galeri seni.

Senibina Crazy House ini menyerupai pokok dan dibina pada tahun 1990 oleh seorang arkitek Vietnam yang terkenal iaitu Dang Viet Nga. Bentuk bangunan ini sangat luar biasa dan pelik.

Ada sebahagian tempat yang seperti dalam gua dan macam haunted house! Di dalam Crazy House ni terdapat banyak bilik yang mempunyai tema yang berbeza. Di bahagian atas berdekatan atap bangunan ni akan ada satu tangga yang mana hanya seorang sahaja yang boleh lalu pada tiap-tiap satu masa. 

11. Robin Hill

Apa yang menarik di Robin Hill ini adalah pemandangan pokok pine yang cantik yang boleh dilihat dari dalam cable car. Untuk menaiki cable car, bayaran yang dikenakan adalah VND60000. Rugi tau siapa datang ke Robin Hill tapi tidak naik cable car.

Sebuah cable car boleh memuatkan 4 orang dan jarak perjalanan adalah selama 20 minit sehala. Kira boleh tahan jugak lah jauhnya. Aktiviti cable car ini merupakan aktiviti utama dan satu-satunya aktiviti yang ditawarkan di Robin Hill untuk menghayati keindahan pokok pine dan lereng-lereng bukit.

12. Datanla Waterfall

Visit Places in Dalat

Destinasi kita seterusnya adalah Air Terjun Datanla. Air terjun ini adalah salah satu air terjun yang terkenal di Dalat dan terletak lebih kurang dalam 6 kilometer dari bandar Dalat.  

Tarikan yang paling wow di Datanla Waterfall adalah roller coaster dia. Best sangat rasanya sehinggakan kalau berkesempatan untuk ke Dalat lagi memang nak repeat naik roller coaster ni je. Haha…

Roller coaster ini boleh memuatkan dua orang sahaja dan roller coaster ini yang akan membawa kita ke air Datanla Waterfall. Jarak perjalanan dalam 20 minit dan jarak landasan tu dalam 1 kilometer.

Jangan risau sebab senang je nak control roller coasternya. Lupa pulak nak maklumkan, bayaran untuk menaiki roller coaster adalah sekitar VND140000. Kira mahal jugaklah sebab roller coaster yang sepatutnya kami naik tu tengah maintenance, so kami terpaksa naik yang lagi satu namanya Alpine New Coaster.

Di kawasan air terjun, terdapat kedai cenderahati dan ada kedai gambar. Sepanjang turun melalui roller coaster, akan ada dua kamera yang disediakan untuk ambil gambar secara automatik.

Jadinya kalau anda semua nampak sahaja kamera, pandai-pandailah posing atau acah-acah ayu. Harga untuk cuci gambar tu pulak dalam VND60000 tapi ini optional sahaja. Tiada paksaan dalam pembelian gambar ini.

13. Flower Central Park

Visit Places in Dalat

Destinasi terakhir kami adalah ke Flower Central Park. Taman ini terletak berhampiran dengan Tasik Xuan Huong. Siapa yang datang ke Dalat tapi tidak singgah ke taman bunga ini memang tidak lengkaplah trip anda.

Dengan keluasan sekitar 7000 meter persegi, terdapat pelbagai jenis pokok bunga yang cantik di sini. Antaranya, pokok hydrangea, tulip, kaktus, berbagai jenis orkid, mawar and banyak lagi.

Bagi penggemar bunga mesti akan rasa seperti berada di syurga. Terdapat lebih 300 jenis bunga yang ditanam di sini.  Semua cantik dan kembang mekar! Geram je rasa nak petik. Haip!

Taman ini sangat luas tau, bagi mereka yang rasa tak larat hendak berjalan boleh lah naik tram yang disediakan tapi akan dikenakan bayaran. Tram ini akan membawa anda pusing satu taman dan tidak akan ada spot yang tertinggal. Selain itu, tram ini juga akan berhenti-henti di setiap destinasi untuk memberi ruang kepada bagi mereka yang ingin bergambar.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *