Nepal Van Java - Dieng Plateau - Jogjakarta
Nepal Van Java
Nepal Van Java merupakan satu daerah di Yogyakarta atau dikenali Jogja. Nama Nepal Van Java berasal daripada negara Nepal. Bentuk dan warna rumah kampung mempunyai rupa yang “bertindan”, seperti rumah di Nepal. Nepal Van Java adalah perkampungan di lereng Gunung Sumbing, yang disebut Dusun Butuh. Suhunya pernah mencecah sehingga 8celcius dan sangat sejuk. Saya mengesyorkan datang ke sini bawa baju sejuk atau tebal.
Daripada Jogja ke Nepal Van Java mengambil masa dalam 3 jam. Kalau datang ke Nepal Van Java sangat sesuai datang pada awal pagi kerana boleh melihat sunrise yang sangat cantik di atas puncak Dusun Butuh atau dikenali Lembah Nepal. Ataupun lagi sesuai datang bermalam di Nepal Van Java sebelum jelajah sekitar Nepal Van Java. Disini terdapat banyak homestay yang berpatutan dan cantik.
Di Nepal Van Java pengangkutan utama adalah motor kerana jalannya agak sempit dan curam. Kenderaan lain ada tetapi tak banyak seperti kereta, lori dan van. Jika anda datang ke Nepal Van Java anda akan dibawa oleh ojek menaiki motor mengelilingi Nepal Van Java. Disini saya syorkan anda datang bawak barang yang sedikit dan sesuai untuk menaiki motor.
Di Nepal Van Java, terdapat 3 checkpoint iaitu Lembah Nepal, Negeri SukoMakmur, Silancur Highland. Semuanya terdapat pemandangan yang cantik dan kehijauan. Bermula di Lembah Nepal kemudian ke Negeri SukoMakmur yang mengambil masa selama 15 minit dan ke Silancur Highland mengambil masa 30 minit dengan menaiki ojek.
Apa yang membuatkan orang suka datang adalah kerana penduduk tempatan yang tinggal di Nepal Van Java adalah antara yang paling mesra yang pernah saya temui. Budaya menegur antara satu sama lain amat baik disini membuatkan pelancong luar senang dan aman ketika melancong kesini.
Dieng Plateau
Dari Nepal Van Java ke Dieng mengambil masa dalam 3 jam.
Bermula awal pagi pada jam 4 pagi, terus ke Sekunir untuk melihat sunrise. Di Sekunir, kena mendaki dan mengambil masa kira-kira 20-30 minit. Di Sekunir juga terdapat pelbagai gerai makanan tempatan dan anda patut cuba kalau datang sini kerana makanannya sedap sangat. Kemudian ke Batu Pandang Ratapan Angin. Di sini dapat melihat tasik dengan rona hijau dan kuning yang dipanggil Telaga Warna ke perairan murni tasik ‘cermin’ reflektif yang dipanggil Telaga Pengilon, keindahan semula jadi tempat ini sangat mengagumkan. Tasik cermin sangat mengagumkan kerana ia menawarkan imej landskap yang memantulkan. Di sini juga boleh merasa makanan tempatan dan melihat wayang sejarah gunung berapi yang aktif. Selepas itu, ke Kawah Sikidang melihat bekas-bekas letusan gunung berapi dan yang masih aktif. Nama Kawah Sikidang diambil sempena letupan lumpur panas berpindah pindah seperti kijang yang melompat-lompat. Disini juga kami syorkan memakai mask kerana bau belerang terlalu kuat dan asap tebal. Kemudian ke Candi Arjuna, tempat peninggalan peradaban agama hindu. Disini cuma melihat candi dan sekeliling untuk bergambar.
JOGJAKARTA
Perjalanan dari Dieng Plateau mengambil masa 3 jam ke bandar Jogja. Apabila sampai di Jogja terus ke Bukit Rhema atau dikenali Gereja Ayam kerana bentuk bangunannya seperti kepala ayam. Sebenarnya adalah bentuk merpati putih. Disini salah satu tempat shooting untuk filem popular Indonesia Ada Apa Dengan Cinta 2. Jika anda nak membeli belah boleh ke Malioboro Street. Malioboro Street sangat panjang dan sepanjang jalan adalah pelbagai kedai-kedai seperti kedai makanan, kedai pakaian, kedai kopi, kedai ole-ole dan sebagainya. Malioboro Street adalah 24jam beroperasi. Pada keesokkan hari, kami ke Gunung Merapi untuk melihat puncak gunung merapi yang cantik. Jika ada rezeki boleh dapat melihat puncak gunung yang cantik dan jika tidak akan ditutupi dengan kabus tebal. Tips ke sini, perlu datang awal pagi kerana tidak ramai orang dan dapat melihat puncak gunung. Di sini akan naik jeep yang disewa untuk mengelilingi sekitar Merapi. Selepas itu, satu tempat yang agak popular di Jogjakarta iaitu Pantai Timang. Pantai Timang dikenali kerana ombaknya yang sangat kuat dan air laut yang sangat cantik. Perjalanan ke Pantai Timang akan dibawa menaiki jeep kerana jalannya agak mencabar. Di Pantai Timang terdapat dua aktiviti yang anda boleh buat iaitu berjalan kaki menaiki jambatan gantung (100,000 rupiah seorang) dan gondola (150,000 rupiah seorang). Anda mesti cuba aktiviti ini kalau datang Pantai Timang tau.
Leave a Reply