Tips Mengembara Musim Sejuk

TIPS MENGEMBARA PADA MUSIM SEJUK

Musim sejuk atau dikenali sebagai musim dingin atau musim salji ialah salah satu daripada empat musim yang wujud di zon beriklim sederhana. Ia juga merupakan musim yang paling singkat waktu siangnya. Selain itu, musim sejuk ini paling rendah suhunya dengan cuaca yang sejuk menurunkan salji dan air batu terutamanya di kawasan berlatitud lebih tinggi.

Terdapat beberapa tips apabila mengembara ketika pada musim sejuk :

  • Thermal wear – Anda perlu memakai thermal wear ataupun long john adalah lapisan pertama yang dipakai sebelum baju harian. Ini dapat membantu memanaskan badan anda!
  • Winter coat – Pastikan yang digunakan adalah jenis kalis air dan mempunyai hood. Hood yang jenis berbulu juga penting yang berfungsi untuk menghalang angin dan juga boleh menghangatkan tubuh badan.
  • Snow cap – Ada dua jenis snowcap iaitu yang jenis menutupi kepala sahaja dan ada yang jenis menutupi kepala sehingga ke telinga.
  • Heat pack – Heat pack adalah penyelamat bagi mereka yang tidak mempunyai glove yang bersesuaian. Anda boleh cari di Daiso @ DIY!
  • Pelembap atau moisturizer – Kulit kita akan menjadi sangat kering terutama sekali bibir, jadi moisturizer membantu mengurangkan kekeringan di kulit kita.
  • Winter boots – Salji sangat licin, jadi anda perlu memastikan pemilihan kasut yang berkualiti.
  • Sarung tangan, stoking wool, muffler – Muffler bertujuan untuk melindungi leher daripada ditembusi angin sejuk yang boleh menyebabkan kita mempunyai masalah pernafasan.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *