Tempat Wajib di Jepun

Tempat Wajib di Jepun

7 Tempat Wajib Pergi Bagi Stationery Lovers di Jepun

Malaysia mempunyai sekitar 8 hingga 10 Juta pelajar dan pastinya anda tidak mahu pensel atau pen anda hanya yang biasa-biasa sahaja. Selalunya kedai yang menjual alat tulis di Malaysia adalah terhad kepada barangan alat tulis secara runcit sahaja selain kedai-kedai besar seperti MPH, Popular, Muda Osman dan Kinokuniya. Berbeza keadaannya bagi tempat wajib di Jepun yang dikhususkan untuk peminat peralatan tulis ini.

Sekiranya anda berkunjung ke Jepun, saya sarankan supaya anda tidak melepaskan peluang untuk pergi ke 7 tempat popular dengan alatulis di Jepun.

1. Tokyu Hands

Tokyu Hands adalah bangunan 8 tingkat yang berada di area Shibuya. Jika anda berada di Hachiko Statue di Shibuya, anda perlu seberang jalan dan akan terus nampak seperti gambar di bawah ini.  

Di sini terdapat pelbagai jenis alat tulis yang dijual dari sekecil-kecil seperti pemadam, sehingga sebesar-besar seperti whiteboard. Tokyu Hands ini popular bukan sahaja disebabkan oleh alat tulis, terdapat juga aneka kraftangan, origami dan barangan kecantikan. Bagi yang tiba di Jepun, anda boleh ke alamat di bawah:

12-18 Udagawacho, Shibuya City, Tokyo 150-0042, Japan

Tokyu Hands
credit photo: gotokyo.org

2. Itoya

Itoya adalah salah satu tempat yang mempunyai 12 tingkat bangunan yang penuh dengan alat tulis yang popular dari Jepun, Jerman, Italy dan juga France.

Kedai ini terletak di area Ginza. Memang dekat dengan kedai-kedai high-end yang ada di sepanjang jalan. Di sini, biasanya anda akan menghabiskan masa separuh hari untuk memilih alat tulis yang bersesuaian dengan anda kerana terdapat ribuan jenis alatulis, pencil case, memo pad, origami, dan macam-macam lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini jika anda ke Ginza. Anda boleh Google alamat di bawah untuk ke sini dengan menaiki metro Tokyo atau teksi.

2 Chome-7-15 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

Itoya
credit photo: japantravel.com

3. Tempat Wajib di Jepun – Loft

Loft adalah sebuah shopping Mall yang salah satu dari lantainya ada menjual alat tulis. Anda boleh membeli-belah cenderahati dan juga pelbagai barang di sini sambil ke tempat alat tulis juga.

Saya yakin anda tidak akan kering idea untuk mendapatkan pelbagai kad atau alat tulis untuk kenang-kenangan atau hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang. Anda boleh ke alamat di bawah dan akan terus ke kedai ini:

2-4-6, Ginza, Chuo-ku, Tokyo

Loft
credit photo: centraltokyo-tourism.com

4. Ink Stand Kakimori

Ink Stand Kakimori adalah salah satu tempat peminat pen untuk datang ke sini. Keunikan Inkstand Kakimori adalah, anda dapat memilih sendiri warna dakwat pen yang anda mahukan.

Terdapat lebih kurang 800 warna yang boleh anda pilih sendiri dan pihak kedai boleh customize untuk anda. Kedai setinggi 4 tingkat ini sentiasa menjadi kunjungan bagi pihak sekolah untuk pelajar mencari sendiri warna yang mereka mahu dan juga meningkatkan kreativiti bagi setiap pelajar.

Anda boleh ke sini dengan menaip alamat di bawah di smartphone masing-masing.

4 Chome-20-12 Kuramae, Taito City, Tokyo 111-0051, Japan

Tempat Wajib di Jepun - Inkstand Kakimori
credit photo: letronc-m.com

5. Tempat Wajib di Jepun – Kyukyodo

Jika anda minat dengan seni kaligrafi, Kyukyodo adalah tempat wajib di Jepun yang mesti anda singgah. Pelbagai jenis berus warna dan juga pewarna ada dijual di sini.

Di Kyukyodo turut mengajar bagaimana anda untuk menulis kaligrafi jepun. Mungkin ada yang tidak tahu, tulisan jepun terdapat 3 jenis iaitu Hiragana, Katakana dan juga Kanji.

Jadi, anda berpeluang untuk mempelajari cara-cara untuk menulis tulisan jepun yang cantik dan dapat bawa pulang ke Malaysia nanti. Anda boleh ke alamat di bawah untuk sampai ke tempat ini.

5 Chome-7-4 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

Kyukyodo
credit photo: livejapan.com

6. Muji

Bila dengar perkataan Muji, saya pasti anda mesti pernah mendengarnya. Kedai ini turut berada di Pavillion, Suria KLCC dan juga Sunway Pyramid. Muji bukanlah sekadar menjual alat tulis, di sini juga adalah hotel pertama yang dibuat untuk Muji.

Di Ginza, Muji akan menjual barangan yang eksklusif didapati di Jepun sahaja. Jadi, pastinya anda tidak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai alat tulis yang cantik dan sangat bermakna untuk diberikan kepada teman-teman apabila pulang ke Malaysia nanti. Anda boleh menaip alamat di bawah untuk ke kedai ini.

3 Chome-3-5 Ginza, Chuo City, Tokyo 104-0061, Japan

Muji
credit photo: timeout.com

7. Kiddyland

Bagi peminat Hello Kitty, anda boleh ke Kiddyland untuk dapatkan pelbagai alat tulis yang bertemakan Hello Kitty. Kiddyland adalah kedai permainan yang terbesar dan tempat wajib di Jepun yang mana terdapat pelbagai jenis permainan dan juga alat tulis di jual di sini.

Anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk ke membeli pelbagai barangan di Kiddyland untuk anak-anak dan juga peminat Hello Kitty di luar sana. Pelbagai jenis Hello Kitty ada dijual di sini dengan pelbagai reka bentuk.

Anda boleh ke kedai ini dan bersedialah untuk menghabiskan banyak duit untuk memborong alatulis di sini.

6 Chome-1-9 Jingumae, Shibuya City, Tokyo 150-0001, Japan

Tempat Wajib di Jepun - Kiddyland
credit photo: diapersonaplane.com

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *