Rezeki

credit picture : rawpixel.com / www.freepik.com

Rezeki

Sedia maklum, rezeki dan takdir kita di dunia ini adalah berbeza daripada orang lain di sekeliling. Tidak baik jika seseorang mempersoalkan nasib diri sendiri ada antara kita yang gemar ‘membanding-bandingkan’. Andai Allah beri kita rezeki murah, bersyukurlah.

Untuk pengetahuan anda, rezeki yang tuhan beri pada kita adalah pinjaman semata-mata bahkan dalam rezeki yang kita perolehi itu terdapat bahagian orang lain, sebab itulah kita disunnahkan untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain. Jadi, janganlah riak dan janganlah terlalu takut (kedekut) untuk bersedekah kerana ia tidak akan mengurangkan harta seseorang malah akan bertambah lagi dengan izin Allah s.w.t.

Harus diingat sebelum bersedekah, adalah lebih baik jika didahulukan buat diri sendiri dan kaum keluarga. Jika anda benar-benar mempunyai rezeki yang lebih setelah mendahulukan diri sendiri dan melengkapi keperluan keluarga terdekat, barulah boleh bersedekah pada mereka yang memerlukan kerana Islam tak meminta kita untuk membebankan diri demi membuat kebaikan.

 #Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda

“Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal, maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan ‘tangan’ kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dhuha Sharing by Nadia, 6/6/2023.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *