01
Feb
Jarang-jarang kita dengar ada makanan yang paling termahal dekat dunia ni. Korang tahu tak, sebenarnya ada makanan yang paling mahal di dunia ni !
Caviar
Caviar adalah hidangan yang mengandungi telur ikan berawet garam dari famili Acipenseridae. Telur ikan ini boleh dihidangkan sebagai segar dimana tidak dipasteur telurnya itu. Apabila pempasteuran dilakukan, ia mengurangkan nilai masakan dan ekonominya. Caviar ini mengambil masa selama 18 sehingga 20 tahun untuk dihasilkan. Dan harganya boleh mencecah setinggi RM13,400 untuk 100 gram.
Foie grass
Foie gras adalah hati seekor itik atau angsa yang telah diperbesarkan melalui teknik pemakanan khusus dan disajikan dalam hidangan, jeram atau sebagai hidangan utama. Ianya adalah makanan yang mewah dimana dengan 400g harganya boleh mencecah RM400.
Truffle
Truffle adalah salah satu daripada beberapa sepsis kulat. Ianya tumbuh secara liar dan semulajadi serta tidak boleh ditanam dan dikawal. Truffle sangat mahal kerana ianya memerlukan penjagaan yang rapid an juga truffle ini akan tumbuh dalam masa 5-6 tahun. Harganya boleh mencecah RM 16,000 setiap 0.4 gram.
Saffron
Saffron ini adalah rempah-rempah yang beraal daripada bunga Crocuss sativus. Dan kebiasaannya, manfaat saffron ini adalah untuk bumbu makanan, dimana ianya dijadikan penyedap, pewarna dan juga perisa makanan. Khasiatnya juga sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Harganya juga boleh mencecah RM40,000 sekilogram. Sangat mahal ye ! Untuk mendapatkan hanya 1 gram safron, 150 kuntum bunga diperlukan.
Credit gambar : pemetaanbudaya.jkkn.gov.my Perubatan tradisional telah memberi... read more
Credit picture : www.thesprucepets.com About Maine CoonThe Maine Coon... read more
"TEARS ARE DIFFERENT" Jenis-jenis air mata Pernah tahu tak... read more
Kesihatan Mental vs Penyakit Mental Kesihatan mental adalah... read more
CARA MUDAH UNTUK MENGURANGKAN KESAN PERUBAHAN IKLIM Terdapat... read more
Mental age & Maturity Bagaimanakah kematangan seseorang itu... read more
APA ITU FOTOGRAFI? Apakah Fotografi?Fotografi ialah seni menangkap... read more
Leave a Reply