Kesihatan Mental vs Penyakit Mental

Kesihatan Mental vs Penyakit Mental

Kesihatan mental adalah sesuatu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu ituย  menyedari tentang keupayaan dirinya. Dan kesihatan mental juga merujuk kepada tahap kesihatan minda seseorangย  dimana untuk mengenal pasti samada seseorang itu berminda sihat atau tidak, ujian yang dilakukan ialah ujian DASS (Depression, Anxiety, Stress Scale)

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang menyebabkan kepada perubahan proses pemikiran, perasan dan tingkah laku seseorang yang boleh mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. Penyakit mental ini terdiri dari berbagai kategori penyakit diantaranya adalah neurosis (kemurungan dan kebimbangan), psokosis (Schizophrenia dan kecelaruan manic-depresif) dan kecelaruan personaliti.

Ini adalah model kesihatan mental yang lengkap dan boleh dirujuk.

Seperti di dalam gambar di atas, apa yang boleh kita nyatakan jika kesihatan mental anda bertambah baik, kesejahteraan terhadap diri kita tinggi manakala skala penyakit mental juga adalah rendah.

Jika kesihatan mental anda jatuh, kesejahteraan pada diri anda berkurang dan boleh menyebabkan penyakit mental yang sangat tinggi.

Secara kesimpulannya, pentingnya kita menyedari tentang penyakit mental dan menanganinya supaya kadar peningkatan penyakit mental ini tidak akan semakin bertambah. Jika anda mengalami penyakit mental ini, terus segera mendapatkan rawatan daripada pakar.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *