Diari Hati di Nha Trang

Diari Hati di Nha Trang

Diari Hati di Nha Trang.

Korang tahu tak tentang Nha Trang, Vietnam? Nha Trang adalah sebuah bandar peranginan pantai di selatan Vietnam yang terkenal dengan pantai, tapak menyelam dan pulau-pulau di luar pantai. Untuk entri kali ini, saya bawakan diari hati ke hati semasa saya di Nha Trang.

Xin chào các bạn!

Pantai utamanya terletak sepanjang hujung melengkung di Jalan Tran Phu yang disokong oleh sebuah promenade, hotel dan restoran makanan laut.

Nha Trang turut terkenal dengan cable car udara yang menyeberangi ke Hòn Tre Island, dan rizab alam semulajadi Pulau Hòn Mun dan Hòn Tumur yang boleh dicapai dengan menaiki boat.

Airport Nha Trang & Ponagar Tower

Kesempatan sempena promo AirAsia tidak saya sia-siakan dengan membuat keputusan untuk terus membeli tiket penerbangan ke Nha Trang. Harga tiket semasa pergi-balik ke Nha Trang pada ketika itu ialah RM312 . Sesi lawatan selama 3 hari 2 malam. 

Perjalanan menuju ke Nha Trang hanya mengambil masa 2jam 10 minit. Sepanjang perjalanan ke Nha Trang, saya memanfaatkan dengan menonton filem dan mendengar lagu. Setibanya saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Nha Trang, semua pelancong dibawa menaiki bas yang menuju ke bahagian imigresen.

Kawalan keselamatan di lapangan terbang Nha Trang pada ketika itu sangat ketat kesan penyebaran wabak COVID-19. Kesemua pelancong wajib melalui proses check untuk tujuan keselamatan. Setelah selesai urusan di lapangan terbang, saya terus mendapatkan khidmat airport transfer untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik ke lapangan terbang Nha Trang Antarabangsa.

Selesai urusan airport transfer, saya bergegas untuk mendapatkan simkad tempatan di airport dan kemudiannya bertemu dengan pemandu pelancong yang telah saya berurusan sejak dari Malaysia lagi.

Pemandu pelancong membawa saya menuju ke hotel penginapan untuk saya membersihkan diri sebelum memulakan sesi lawatan. Untuk mendapatkan makanan halal di Nha Trang adalah sesuatu yang sukar. Namun, kawasan hotel yang saya diami mempunyai sebuah restoran muslim yang menyediakan menu makanan halal.

Saya memilih untuk makan makanan yang sihat semasa hari pertama di Nha Trang, Vietnam. Pilihan menu hidangan saya adalah roti, sayur salad dan mee sup. Bagi minuman, semestinya saya memilih untuk memesan air kopi susu ais yang sangat popular di Vietnam. Walaupun menu makanan yang dihidangkan ringkas, namun ianya sudah cukup bagi saya.

Diari Hati di Nha Trang

Selepas sesi mengisi perut, tempat pertama yang saya kunjungi adalah Ponagar Tower. Apa yang menarik di Ponagar Tower? Baiklah, Ponagar Tower mempunyai tarikan yang tersendiri. Ponagar Tower terkenal dengan binaan ala-ala bangunan di Mesir. Memang sangat unik. Bukan itu sahaja, malahan di dalam bangunan ini terdapat kuil kecil.

Kebanyakan pengunjung yang singgah di kuil kecil akan melakukan upacara sembahyang mereka sambil membuat hajat. Saya abadikan kenangan di Ponagar Tower dengan mengambil gambar sambil feeling-feeling seakan-akan berada di Mesir.

Ponagar Tower

Hon Chong Stone

Destinasi kedua pilihan saya adalah Hon Chong Stone. Hon Chong Stone sangat popular dengan pantai dan batu-batuan yang sangat cantik.

Hon Chong Stone juga merupakan destinasi yang sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana pantainya yang tenang dan sesuai untuk sesi bergambar. Memang sangat menyeronokkan apabila berada di Hon Chong Stone yang mempunyai air berwarna biru kehijauan. 

Setelah mulai senja, saya mengambil keputusan untuk pulang semula ke hotel. Sebelum pulang, perut yang lapar diisi dengan hidangan steamboat. Steamboat di sini berbeza sama sekali berbanding di Malaysia.

Hidangan steamboat penuh diisi dengan sayur-sayuran dan seafood sahaja. Tiada elemen daging atau ayam yang dihidangkan bersama steamboat. Untuk makluman semua, rakyat Vietnam sangat menggemari hidangan yang berunsurkan sayur-sayuran. Jadi, sepanjang 3 hari 2 malam saya di Nha Trang, pelbagai hidangan sayur-sayuran yang telah saya jamu.

Vinpearl Themepark

Hari Ke-2 di Nha Trang, Vietnam.

Untuk menu sarapan hari kedua, saya memilih Nasi Lemak Vietnam. Nasi lemak Vietnam sememangnya unik dengan hiasan mereka dan sambal nasi lemak yang manis-manis pedas. Memang terbaik.

Selesai bersarapan, saya menuju ke Taman Tema Vinpearl atau dikenali sebagai Vinpearl Themepark. Apa yang menarik di Taman Tema Vinpearl ialah kereta kabel atau dikenali sebagai lift gondola. Panjang lift gondola ini adalah 3.320 meter yang menghubungkan Pulau Hon Tre dengan Nha Trang di Vietnam.

Kereta kabel ini merupakan yang terpanjang dibina di atas laut. Dibina oleh POMA dengan menggunakan tujuh sokongan luar pesisir menara jenis Eiffel yang semuanya berdiri di laut luas.

Cable Car Vinpearl

Taman Tema Vinpearl sangat popular dengan gelaran Disneyland kerana taman temanya yang mirip dengan Disneyland dari segi bangunan mahupun dari segi permainan yang ditawarkan.

Harga untuk tiket 2 hala kereta kabel ditambah dengan water park dan theme park adalah RM170. Untuk kanak-kanak pula, harga tiket akan mengikut pada ketinggian dan  tidak melebihi 139cm.

Sekiranya lebih daripada 139cm, maka harga tiket akan dikira sama dengan harga dewasa. Setibanya di Taman Tema Vinpearl, saya terus mencari Roller Coaster Mini untuk memanaskan badan dan urat-urat sebelum main permainan yang lebih mencabar.

5 daripada 5 bintang untuk Roller Coaster Mini yang sememangnya mencabar. Selesai menaiki Roller Coaster Mini, saya terus mencari permainan yang baharu dan akhirnya menjumpai Roller Coaster yang lebih besar lagi. Berbanding Roller Coaster Mini, Roller Coaster besar mempunyai ramai pengunjung yang seterusnya memaksa saya beratur panjang untuk mendapatkan barangan. Saya beri 10/10 bintang untuk Roller Coaster ini.

Memang rugi sekiranya pengunjung tidak mengunjungi  ke tempat ini. Saya akhirnya mengabadikan kenangan di Vinpearl Themepark dengan sesi bergambar sambil feeling-feeling berada di Disneyland, Hong Kong.

Diari Hati di Nha Trang

Setelah bermain permainan yang memeningkan, sekarang tiba waktu untuk merehatkan fizikal dan mental dengan menaiki Ferris Wheel.

Ferris Wheel di sini sangat besar. Boleh lihat sekitar Bandar Nha Trang. Pusingan lengkap Ferris Wheel ini adalah selama 30minit.

Sekian.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *