Buah “terpelik” di dunia

Buah 'TERPELIK' di dunia

Pernah tak anda terfikirkan tentang wujudnya buah-buahan yang pelik yang ada di serata dunia ini yang pelik dari segi saiz, bentuk, rasa atau warna? Jadi, mari kita lihat beberapa buah pelik dan menarik yang mungkin anda semua tidak pernah tengok lagi. Jom !

BUAH TANGAN BUDDHA

Gambar adalah sumber dari google

Buah ini diberi nama kerana bentuknya kelihatan seperti jari tangan manusia dan ianya temui di Asia. Kulit yang tebal dan isinya hanya sedikit sahaj. Isinya tidak mempunyai air, tetapi mengeluarkan minyak aroma citrus dan digunakan sebagai perubatan. Rakyat Jepun dan China menggunakan buah tangan Buddha ini sebagai aromaterapi di bilik tidur.

BUAH KIWANO

BUAH ACKEE

Gambar adalah dari sumber google
Gambar adalah dari sumber google

Buah ini dikenali sebagai Horned Melon dan juga dikenali sebagai timun tanduk, labu lindung dan mellon jelly. Buah ini berasal dari Afrika tetapi ianya tumbuh juga di California, Chille, Australia. Jika di California pula, buah ini dikenali sebagai Blowfish. Kebiasannya, ianya hanya digunakan untuk hiasan hidangan tetapi masih boleh dimakan.

Buah ini berasal dari Afrika Barat. Ianya juga merupakan buah kebangsaan Jamaica. Walaubagaimanapun, ianya hanya boleh makan pada bahagian putih dan perlu berhati-hati dengan bahagian luaran yang berwarna merah itu kerana ianya mempunyai toksik yang merbahaya.

BUAH DELICIOUS MONSTERA

Buah ini berasal dari kawasan hutan tropika di Mexico. Buah ini mengambil masa selama setahun untuk matang dan baru boleh makan. Setiap pokokknya mempunyai racun kecuali buahnya yang telah masak. Rasa buah ini seperti buah pisang, nenas dan mangga. Selain itu, ianya digunakan sebagai bahan perasa dalam minuman, ice cream atau boleh makan begitu sahaja.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *