Kemuliaan Wanita

Surah An Nisa - Kemuliaan Wanita

Mukaddimah

  • Surah An-Nisa – mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surat Al Baqarah. 
  • Surah yang paling menjuarai perhatian khusus dalam urusan yang membabitkan wanita seperti
  1. Perkahwinan
  2. Rumah tangga
  3. Poligami
  4. Wasiat
  5. Mirath ( pusaka )
  6. Perhambaan
  7. Urusan sosioekonomi
  • Surah sebelumnya ialah surah Ali Imran dan dalam surah ini terdapat kisah berkenaan Maryam dan juga isteri Imran. Selepas kita membaca surah Ali Imran, akan ada timbul persoalan apakah kita boleh & mampu menjadi mulia seperti isteri Imran & Maryam.
  • Jadi, dalam surah An Nisa ini, Allah SWT memberi jawapan dengan meninggikan dan memuliakan wanita.
  • Dalam surah ini, terdapat perintah & larangan daripada Allah SWT yang menaikkan martabat seorang wanita.
  • Perintah & larangan ini sebenarnya tertumpu kepada kaum lelaki
  • Martabat wanita itu sudah tinggi, yang merendahkan-rendahkan adalah lelaki.
  • Sebab pada zaman jahiliah kaum lelaki meletakkan pelbagai label “kerendahan” kepada wanita.
  • Itulah kenapa datangnya Al Quran yang menaikkan semula kemuliaan golongan wanita.

Kisah Nabi Adam AS dengan Hawa
A001
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

  • Kenapa Adam AS berada di syurga selepas diciptakan & apa tujuannya?
  • Tujuan adalah untuk menyediakan baginda menjadi seorang khalifah di dunia.
  • Selepas itu, Allah SWT menciptakan Hawa dengan mempunyai tugas yang sama dengan Nabi Adam AS.
  • Penciptaan Hawa ada hikmah, ia menunjukkan kaum perempuan mempunyai potensi yang sama seperti lelaki.
  • Ayat pertama ini dah jelas menerangkan taraf lelaki & perempuan adalah sama-sama mulia.

 
Tugas khalifah bermula dari rumah

  • Disebabkan Nabi Adam AS bakal menjadi pemimpin dunia, baginda perlu membimbing seseorang terlebih dahulu iaitu isterinya.
  • Jangan terlalu ghairah nak mendidik orang lain, tapi yang ada dalam rumah tak didik dengan serius.
  • Tugas khalifah mesti bermula dari rumah.

Anak perempuan yang yatim

  • Kalau ayat-ayat daripada surah Ali Imran mengajar para sahabat jangan tamak, makan surah An Nisa memberitahu tamak ini bukan sekadar dalam perang, ia boleh berlaku dalam hal ehwal wanita.
  • Selepas tamaknya terhadap ghanimah ( harta rampasan perang ) semasa dalam perang, ia bersambung pula di luar peperangan. Ketamakan harta anak yatim.
  • Para sahabat bimbang, sekiranya mengambil hukum daripada tradisi arab jahiliah, apabila ada anak perempuan yang ayahnya meninggal dunia, sesiapa sahaja boleh menjadi wali untuk mengambil alih urusan tersebut.
  • Individu yang telah dipersetujui mempunyai kelebihan
  1. Kalau cantik boleh nikah anak perempuan tanpa mahar
  1. Kalau tak cantik tak benarkan anak perempuan tersebut bernikah sebab nak jadikan hamba
  • Kedua-duanya zalim jadi turunlah ayat yang menyatakan anak-anak yatim ini sekiranya dinikahi perlu diberi mahar, sebab ia hak yang wajib untuk setiap perempuan dan wanita.
  • Bahkan dalam ayat-ayat seterusnya, wali-wali terkemudian ini tidak diizinkan untuk berbuat sesuka hati mereka, mengambil kesempatan atas kesulitan yang dialami oleh anak-anak yatim terutamanya anak yatim perempuan.

Wanita dan Harta Pusaka

  • Malah dalam tradisi arab jahiliah, seorang ibu apabila kematian suami, dia tidak akan diberikan harta pusaka, begitu juga anak perempuan.
  • Kebimbangan yang melanda wanita-wanita kepada para syuhada, lalu Allah SWT menurunkan ayat-ayat daripada surah An Nisa sebagai jaminan kepada mereka, bahawa keadilan itu ada.

A007
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).
Poligami, anak yatim perempuan dan keadilan
A003
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

  • Poligami itu sendiri bersinonim dengan keadilan dan pernikahan mesti menghasilkan kejayaan dalam berlaku adil.
  • Dalam erti kata lain, pilihan untuk berpoligami didasari akal fikiran yang jelas, bukan pilihan yang dikaburi emosi dan nafsu.
  • Jika berniat bernikah dengan anak yatim perempuan ini atas mahu membolot harta, maka jangan bernikah

A010
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

  • Seperti inilah yang dipesan Allah SWT terhadap Nabi Adam AS dalam ayat pertama. Apabila bernikah, berlaku adillah kepada isterimu. Sesungguhnya, isterimu tidak dipersalahkan atas perbuatannya yang membuangkan kamu berdua diturunkan ke dunia, tetapi ia berlaku atas perbuatan kamu sendiri.
  • Selakunya tunjang keluarga, maka keluarga perlu ikut apa yang kamu pimpinkan terhadap mereka. Isterimu mengikut segala apa yang kamu buat.
  • Sifat isteri inilah dinyatakan sebagai “rusuk yang bengkok”.

Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskan maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita’. – Hadis riwayat Al Bukhari
 

  • Rasulullah SAW memberi perumpamaan bukan membicarakan penciptaan.
  • Tulang rusuk yang bengkok walaupun cuba diluruskan sehabis mungkin, ia tidak akan berlaku.
  • Ia melambangkan peribadi wanita yang mempunyai kekurangan.
  • Tindakan lelaki yang cuba meluruskan seakan-akan seperti tanggungjawab lelaki yang sifatnya memimpin.
  • Selain itu, simbol tulang rusuk yang bengkok juga melambangkan wanita yang memiliki unsur emosi yang lebih kuat dan sensitif berbanding lelaki.
  • Jadi berkata-katalah yang baik dan sabar kepada isterimu.

Kesimpulan

  • Jadi pemimpin yang baik adalah bermula daripada dalam rumah barulah ke luar rumah.
  • Dalam bahasa mudahnya, sebanyak 176 ayat surah An Nisa ini, Allah SWT ingin mendidik setiap manusia supaya berikan hak kepada wanita di bawah tanggungjawab masing-masing.
  • Akhir kalam, yang lelaki bacalah Al Quran yang berkisar kisah-kisah wanita & yang perempuan bacalah Al Quran berkisarkan kisah-kisah lelaki sebab kesemua kisah dalam Al Quran memberi petunjuk kepada kehidupan dan rawatan kepada segala penyakit kemanusiaan.
Perkongsian dhuha oleh Sarah pada 28 mac 2023.

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *