Apa itu Keberkatan Rezeki & 13 Tips Meraihnya
Sering kita dengar mengenai keberkatan rezeki, namun pernahkah kita terfikir apakah maksud sebenar di sebalik nasihat yang sering dilemparkan ini?
Perkataan berkat sebenarnya berasal dari Bahasa Arab, iaitu barakah yang membawa maksud bertambah atau berkembang. Konsep mencari keberkatan sepatutnya sentiasa ada dalam kehidupan seorang muslim kerana ia adalah bekalan yang boleh membantu kita untuk kehidupan yang lebih tenang.
Mungkin, tanpa kita sedar sebenarnya kita ada mempraktikkan sikap mengejar keberkatan dalam hidup sendiri, namun ada juga yang tidak menyedari hakikat dan kepentingannya.
Keberkatan yang Allah beri boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti keberkatan dalam umur dan amalan, keberkatandalam kesihatan mahupun harta benda.
Sebagaimana dalam beberapa hadis yang menyebut bahawa, Allah amat menyayangi hambaNya yang bersungguh dan tidak lalai dalam melakukan pekerjaan kerana ia adalah amanah yang perlu dilakukan dengan baik.
.َّنِكَلَوََّاللَّبِحُيََّنِمَِّلِماَعْلااَذِإََّلِمَعَّنَأََّنِسحُي
Maksud: “Tetapi Allah kasih kepada pekerja (yang melakukan sesuatu amalan) yang apabila dia melakukan sesuatu perkara hendaklah melakukannya dengan baik.” (HR Baihaqi, no. 4932)
Dengan itu, barulah keberkatan rezeki bakal menyusul yang akan menarik kepada ketenangan hidup serta kecukupan yang ada.
Cara untuk memperoleh keberkatan rezeki:
- Niatkan melakukan pekerjaan kerana Allah untuk meraih pendapatan yang halal dan boleh membantu orang sekeliling.
- Lakukan sesuatu kerja itu dengan baik walaupun tidak sempurna tetapi cuba memberikan yang terbaik.
- Amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa serta harta.
- Elakkan daripada melakukan pekerjaan yang ragy-ragu (syubhah) dan haram.
- Walaupun kita bekerja, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah, kerana rezeki yang datang itu adalah dariNya.
- Bersyukur dengan perkara yang diperoleh walau sekecil-kecilnya.
- Menzahirkan rasa syukur dengan perbanyakkan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.
- Utamakan nafkah kepada keluarga.
- Belajar untuk menerima teguran dan berusaha untuk perbaikinya agar boleh melakukan yang lebih baik.
- Kurangkan mengeluh dalam sesuatu masalah tapi sebaliknya mencari solusi di atas setiap apa yang berlaku.
- Menjaga hubungan dengan Allah dan juga rakan sekeliling.
- Mengamalkan zikir-zikir dan amalan sunat.
- Perbanyakkan istighfar untuk menghapus dosa-dosa kecil yang dilakukan.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam mencari keberkatan rezeki dan juga amalan-amalan ini boleh diamalkan dalam kehidupan harian kita.
Leave a Reply