RAMA RAMA VS KUPU KUPU

RAMA- RAMA VS KUPU KUPU

Secara mata kasar, mereka kelihatan rupanya sama. Mereka ini daripada keluarga yang sama iaitu Lepidoptera dan masing-masing juga mempunyai sisik pada sayap. Tetapi jika diperhatikan dengan lebih teliti, kedua0dua serangga ini amatlah berbeza. Jom kita lihat satu-satu kriteria yang ada pada rama-rama dan kupu-kupu!

Gambar adalah sumber dari google

Rama-rama :

  • Ianya sangat aktif pada siang hari
  • Memiliki sayap yang sangat cantik dan berwarna-warni
  • Ianya memberikan isyarat melalui warna sayapnya yang terang terhadap pemangsa untuk mempertahankan dirinya
  • Sayapnya akan kelihatan tegak semasa berehat
  • Sesungut yag lurus dan berbentuk seperti belantan di hujungnya

 

Gambar adalah sumber dari google

Kupu-kupu :

  • Ianya sangat aktif pada waktu malam
  • Memiliki sayang yang tidak berwarna terang
  • Kebanyakannya rama-rama lebih cenderung memiliki warna-warna semulajadi seperti coklat, kelabu, hitam ataupun coklat kehitaman
  • Sayapnya akan berkembang ketika rehat
  • Sesungutnya lurus tetapi berbulu

Jadi, anda dah tahu kan kedua-dua serangga ini berbeza! Selepas ini jangan confuse ya antara rama-rama dan kupu-kupu 🙂

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *